Wednesday 24 September 2008

Selingkar kata,Selautan Makna,Ukhuwah tercipta (Perkemas 08)

Dah lama Aku tak berbicara kat blog ini,Maklumlah bz dengan keje-keje...PEKEMAS 08 dah lama berlalu.Namun program tersebut masih lagi berligar dan tersemat di setiap sanubari peserta yg mengikutiNya. Selingkar kata selautan makna ukhwah tercipta di seluruh Uk dan juga ireland.Malah Imam hassan Al-Bana pernah berkata.."Ukhuwah islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan satu ikatan akidah.Ini di kukuhkan lagi dengan sabda rasulullah s.a.w yg bermaksud .."..Tidaklah dua orang muslim berjumpa lalu keduanya berjabat tangan kecuali keduanya di ampuni sebelum keduanya berpisah..( H.R Abu Daud )






Monday 8 September 2008

Usul 20

Usul 20

TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Taken from blog http://perjalananjauh.wordpress.com/

Apa usul 20 ni? Kene tunggu ada masa utk menulis ... Kalau berminat sgt nak tahu? Leh la baca kat bawah ni...x faham jugak? leh la kontek dakwah ilahi atau ana muslim personally..


Read this document on Scribd: Usul 20

Sunday 7 September 2008

Virtues of Ramadan

By Sheikh Yasir Qadhi...


Friday 5 September 2008

Tadabbur

BismillahirRahmanirRaheem..

(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah,

maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya dia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal)

dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.

(Surah Muhammad :38)

(Here you are now invited to spend in Allah's cause; but among you are those who withhold (stingily).) meaning, they refuse to spend. Allah continues,

(And whoever acts stingily is but stingy toward himself.) meaning, he only reduces his own rewards, and the bad outcome of that will come back to him.

(For Allah is indeed Al-Ghani) Allah is in need of nothing else, whereas everything is ever in need of Him. Thus, Allah says,

(while you are the needy.) meaning, specifically of Him. The description of Allah as Al-Ghani (in no need) is a necessary description of Allah; on the other hand, the description of the creation as Faqr (needy) is a necessary description for them that they cannot avoid. Allah then says,

(And if you turn away, ) which means, if you turn away from obeying Him and adhering to His Laws.

(He will replace you with other people; then they will not be like you.) meaning, rather, they will be people who will listen to Him and obey His commands.

And Allah is worthy of all praise and gratitude...

Taken from tafsir ibnu kathir...

Sama2 kita ponder upon ayat di atas.........


Tuesday 2 September 2008

Ikhlas

Sila klik pada gambar utk besarkan
Komik ni diambil dari senikehidupan.com

Assalamualaikum wr wbt semua...

Rasa terpanggil nak post komik ni bila menyinggah di senikehidupan.com. ..

Mula2 tu memang susah kengkadang kalau nak mengikhlaskan diri buat apa2 saja...lagi2 lah kalau benda yg kita tahu bukan sepatutnya kita yg buat, tapi org lain...tapi ada reminder yg kita leh belajar drp komik diatas... kalau susah nak paksa diri buat sesuatu tu, leh cuba melihat kerja itu dengan perspektif yang lain...

Contohnya, susahnya study ni...kenapa la aku perlu buat measurement ni berpuluh kali, silap guna satu skrew pun kene repeat dengan dua skrew plak...bukan setakat tu, kene pulak tunjuk kesungguhan dan aspirasi yg tinggi walaupun sebenarnya dah takde motivasi...

Satu lagi pengajaran, kengkadang tu baik sahaja kita beralah, niatkan kerana Allah... memang la susah betul nak beralah, lagi2 org yg nak kita beralah tu yang lagi patut beralah... tapi...dengan niat yang betul, inshaAllah kita akan dpt pahala dengan beralah itu...

Saja tulis tazkirah ni sambil2 fikir nak balik umah dan masak :)

Selamat Berpuasa!